Tarikh: 29 Julai - 2 Ogos 2009Tempat: Stadium Tertutup Nilai, N9Aktiviti-aktiviti menarik:
1) Forum Milenia Muslim 2
2) Le Tour De C-Fest 7
3)Pertandingan Marhaban Inter-Fakulti
4) Sukan Tradisional
5) Wall-Climbing
6) Futsal Matriculation
7) Konsert Amal C-Fest 7
8) Malaysia Book Of Record ( Mengarang Esei B.Arab Paling Ramai )
9) PC Fair
10) Book Fair
Terbuka Untuk Semua Manusia Jagat
AUKU akronim kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti. Dari segi undang-undang akta ini hanya sah diperlakukan kepada mahasiswa universiti dan juga kolej universiti sahaja. Mahasiswa di pusat pengajian pondok dan tahfiz tidak perlu risau terhadap akta ini.
Fikir Kritis, Gerak Proaktif
Pemahaman tentang AUKU juga banyak disalahertikan oleh sesetengah pihak, ada yang menganggap akta ini menyekat keseluruhan aktiviti mahasiswa.
Pindaan AUKU 1971, memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk mengembangkan potensi serta bakat sebagai seorang aktivis dan pemimpin.
"Pindaan AUKU yang dibuat pada 2008 dan diwartakan pada Februari lalu, bertujuan mengurangkan kawalan dan kongkongan terhadap mahasiswa dalam melakukan pelbagai aktiviti termasuk bersuara" ujar Timb. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah
Tambah beliau, " Dengan itu, kita amat berharap agar mahasiswa dapat menggunakan kebebasan tersebut dengan baik dan efisien agar kepercayaan yang diberikan tidak disia-siakan. Saya amat mengharapkan gerakan mahasiswa di peringkat kebangsaan akan menjadi lebih aktif berbanding tahun-tahun sebelumnya "
" Pemimpin tidak boleh dicetak. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalm hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat "Bapak Natsir ( Bekas Presiden Indonesia )
Harapan beliau juga agar kumpulan pertama pelajar yang mendaftar bagi sesi 2009/20109 di seluruh negara dapat memanfaatkan peluang tersebut dengan sebaik-baiknya.
Sekarang tiada alasan bagi mahasiswa untuk terus lesu membeku ketika di alam kampus. Banyak saranan yang diberikan oleh golongan negarawan, politikus dan juga ahli akademik supaya mahasiswa lebih aktif di kampus seterusnya memimpin bukan sahaja negara malah dunia.
Mahasiswa bukan dilahirkan untuk kampus, tetapi mahasiswa dilahirkan untuk dunia. Orang kufur menggunakan mahasiswa untuk merosakkan dunia tetapi orang yang beriman menggunakan mahasiswa untuk memakmurkan buana ini.
Jika dahulu Nabi Muhammad SAW menggunakan pemuda untuk menjalankan dakwah dan misi islam, Jika dahulu Sukarno pernah membilang bahawa akan menggegarkan dunia dengan hanya 10 orang pemuda, Jika dahulu Revolusi Iran megah diterajui oleh gerakan pemuda, Sekarang, wahai pemuda jiwamu, tenagamu, fikiranmu, gerak langkahmu amat didambakan.
Persoalan
Cuma yang menjadi persoalan, setakat manakah mahasiswa mampu untuk bersuara? Kebebasan diberikan tetapi pengehad dikaburkan.
Budaya Hedonisme bukanlah budaya yang baharu. Cuma istilahnya dimodenkan. Budaya ini tidak terkena hanya kepada orang yang tidak belajar agama, tetapi 'Sang Ulama' juga terkena budaya ini.
Ada beberapa pendapat tentang pengharaman dan pengharusan mendengar nyanyian. Saya tidak mahu mengulas, sekadar mendatang pendapat ulama sudah memadai bagi saya.
Imam Syafii berkata dalam Kitab Adabul Qadhi: "Sesungguhnya nyanyian adalah makruh, menyerupai batil. Barangsiapa yang banyak menyanyi, maka dia itu tergolong dengan orang safih ( bodoh ) yang ditolak kesaksiannya"
sebaliknya
Abu Talib Al-Makki berkata bahawa ada orang bertanya kepada Abul Hasan B Salim "Bagaimana tuan menentang mendengar nyanyian, sedangkan Al-Junaid, Sari As-Saqati dan Zun Nun mendengarnya"
Berhibur Biarlah Berpada-pada
Bila mendengar nyanyian nasyid 'Berhibur Tiada Salahnya', menunjukkan bahawa islam itu syumul tidak jumud seperti yang dinyatakan oleh sang jahil.
Kaedah Fiqh: "Asal sesuatu perkara adalah harus, sehingga ada hukum menghalalkan"
Berhibur adalah harus tetapi ada sempadannya. Bukan ikut suka je. Kita perlu mengambil kira dari segi aurat, keadaan tempat, cara hiburan itu dijalankan dan banyak lagi. Bukan nafsu memandu perjalanan hiburan.
Pisang Berbuah Dua Kali
Saya turut menyibukkan diri semasa Minggu Taaruf Sarjana Muda USIM. Walaupun terpaksa mengorbankan cuti, tetapi berbaloi bagi diri untuk memerhati keadaan semasa hari kejadian. Kekecewaan terhadap isu "TUDUNG" hasil dari Minggu Taaruf Tamhidi yang lepas ternyata menggugat kesabaranku untuk membantah. Bukan mahu menjadi radikal tetapi atas dasar akauntabiliti sebagai mahasiswa islam.
Junior saya ramai yang mengadu,
"Kenapa tudung ini pendek sangat"
"Tak cukup bajet ke nak beli kain tudung yang labuh"?
dan banyak lagi persoalan yang diutarakan kepada saya. Sedikit tercabar kerana tidak ada kuasa untuk melakukan perubahan. Tetapi insyaallah saya akan usahakan juga.
Selesai sudah peperiksaan akhir semester pendek bagi subjek Aqidah Islamiah dan Fiqh Ibadat wa Munakahat. Dua subjek sebagai penutup kekecewaanku. Dulu bercadang nak menuntut ilmu agama masa cuti semester. Tapi tak tahu pula ada semester pendek. Tapi tak ape, dua subjek ini pun dah kira beruntung. Dapat tambah juga ilmu. Jika dipandang dari perspektif sekular, kenapa pelajar sains diwajibkan ambil subjek yang tiada kaitan dengan kursus?.
Hakikat Keilmuan
Adakah tahap ilmu itu dikira melalui kejayaan? Ya, kajayaan penting. Tapi sesuatu ilmu itu mesti diamalkan, itu lebih penting. Saya teringat kata-kata ustaz saya ketika beliau diajukan soalan kenapa pelajar islam yang meminum arak tapi hebat dalam akademik.
"Ilmu (manfaat) ialah sesuatu yang kita ada yang membawa kita kepada Allah, yang dia ( pelajar tersebut ) ada hanyalah sekadar maklumat"
"Sebenarnya ilmu berasal daripada Allah dan Dia berhak mengurniakan kepada mana-mana makhluk-Nya. Dan tidak dikurniakan kecuali sedikit sahaja" - Ulama
Memahami Ilmu
Kita belajar bukan untuk dijadikan modal berdebat. Saya juga tidak mahu dan seboleh-bolehnya ingin mengelak daripada terjebak dengan kancah permasalahan furu'. Saya tidak mengatakan bahawa perkara furu' itu tidak penting. Tapi oleh kerana banyak lagi masalah usul yang sudah parah lagi membarah. Jadi lebih baik saya menumpukan kepada perkara usul. Kenapa perlu kita menghentam ulama-ulama?
Sedangkan diri kita banyak dipalit dengan noda. Kita menghamburkan kutukan kepada mereka? Adakah kita tahu mereka sedang diazab di dalam kubur?. Bagi hamba yang bertaqlid, seeloknya kita bertawaqquf dari membicarakan isu-isu sedemikian.
Mencintai Ilmu
Saya cukup tidak suka dengan sesetengah pelajar yang sengaja ponteng kelas, tambah-tambah lagi kelas pengajian agama. Walaupun anda sudah memahami atau sudah pandai tapi ambillah barakah dari majlis ilmu. Islam sangat utamakan ilmu. Bukan setakat Islam yang memuliakan ilmu, tapi seluruh buana ini memandang tinggi orang yang berilmu. Dan tiada istilah belajar sains adalah untuk dunia. Hapuskan mentaliti itu.
Saya suka membelek sejarah kota-kota islam. Yang amat terkenal dengan tradisi keilmuan. Di Baghdad contohnya, sabuah kota ilmu yang termashyur. Satu ketika, bilamana keilmuan ingin diragut oleh penjajah barat. mereka membuang semua kitab-kitab ke dalam sungai, sehingga air sungai menjadi hitam dan ikan juga mati lantaran dakwat dari kitab tersebut. Begitu banyaknya khazanah ilmiah yang dihapuskan.
Dengan Ilmu Kita Bersatu
Tambah dan amalkan ilmu itu supaya kesatuan dapat diperkasakan. Kita tidak mahu ilmu itu disalahguna atau disalahtafsir sehingga menyebabkan perpecahan. Diungkit sejarah silam, iaitu semenjak pertengahan kedua abad lima hijrah banyak berlaku perbalahan. Mereka berbalah bukan kerana mereka tidak mempunyai ilmu, tetapi kerana sesetengah daripada mereka yang terlalu fanatik terhadap sesuatu mazhab dan menolak mentah-mentah mazhab lain, maka terjadilah pergaduhan malah pembunuhan. Prof. Yusuf Qaradhawi juga telah mengingatkan kita agar tidak taasub terhadap satu-satu mazhab. Mereka ulama, mereka berijtihad.
"Di kota Baghdad, pada tahun ini telah terjadi rushuan besar antara penduduk Suqul Madrasah dan Suqul Sulasa, disebabkan oleh pertikaian mazhab. Mereka saling merampas dan menyeksa " - Ibn Atsir ( 470 H )
Thomas Toffle mengatakan bahawa kekuasaan yang paling utama sekali ialah kekuasaan dari sudut ilmu dan teknologi, seterusnya diikuti oleh kekuasaan dari segi ekonomi.
Sekarang kita juga dapat melihat, bagaimana pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan ilmu untuk menindas manusia. Menjadikan keadaan manusia seperti 'Rimba', menjahamkan sesuatu mengikut hawa nafsu mereka.
Jadi kitalah generasi baru mahasiswa islam. Kita mesti berusaha untuk bergelut dalam lautan keilmuan, meredah badai halangan demi memperjuangkan islam dan ilmu islam. Ulama dipinggirkan, sang jahil ditinggi-tinggikan.
Bermula 14hbJun, kehidupan aku mula berubah. Walaupun untuk seketika, tapi cukup memeritkan. Hanya menatap wajah dua orang sahabatku sepanjang masa. Rutin selepas maghrib, kami makan malam bersama-sama ( dalam dulang/talam ) sambil menonton Buletin Utama. Tiba-tiba hati terusik, jiwa mula melayang, mendambakan sebuah kasih sayang. Kisah pengorbanan seorang ayah. Mungkin tidaklah seberapa bagi sesetengah orang, tapi bagiku cukup memilukan. Air mata sahaja tidak mampu lambang kesedihan, tapi perlulah kepada hati yang luluh.
Hari Itu Masihku Ingat
Aku sangat mengantuk ( umur 6 tahun ), aku naik ke bilik tidur. Aku lihat arwah ayah masih di bawah. Tidur di ruang tamu. Kebiasaan orang tua. Aku tidak endahkan sangat. Keesokan harinya, ramai manusia jagat berkumpul di rumahku. Suasana yang enigma bagiku. Aku belum mengerti. Rata-rata yang ada semua sedih.Suasana pilu
Aku masih ingat, ada seorang pak cik bertanya kepada aku. " Macam mana ayah kamu ". " Tidur " aku menjawab berlampirkan kejahilan. Aku tak tahu. Sememangnya aku tidak tahu. Kerana ia berlalu dengan cepat. Rupanya aku lupa, ayahku meninggalkan kerana disebabkan sakit jantung. Aku mula mengorek balik sejarah, dulu ayahku selalu pergi ke IJN, untuk mendapatkan rawatan.
Selepas itu, aku mula faham. Kerana mula terasa ketiadaan arwah ayah. Bila mak memarahiku, aku mula 'mengadu' kepada arwah ayah.
Bersama-sama
Seronok sangat, balik dari tadika, arwah ayah selalu membawaku ke kedai kopi di golok. Minum air teh dalam cawan kecil ( macam cerita cina ).
Aku juga pernah kena marah kerana tertidur atas motor ketika arwah ayah membawaku bersiar-siar.
Kenapa Kamu Abaikan?
Aku cukup pantang malah benci kepada orang yang tidak menghargai kasih ibu bapa. Tidak perlu aku hamparkan kalamullah. Sudut sorih lagi bersuluh tentang akhlak terhadap ibu bapa.
Terfikir. Bertuahnya jika masih ada ibu ayah. sebelum PMR, sekolah mengadakan munajat. semua ibu bapa dijemput. Kebiasaannya, slot terakhir adalah slot air mata dan berdakapan. Sekelilingku semua kawan-kawan berpeluk dengan ayah masing-masing. Aku mula mencari sudut untuk aku memencilkan diri. Mencari tempat untuk aku berpeluk.
Terajang, pukul, sepak, tumbuk ibu dan ayah. Perbuatan yang keji dan hina. Kita lahir sebab adanya mereka. Kita asal dari air yang hina.
Kembalilah
Aku tulis bukan untuk meraih simpati, bukan untuk menjual air mata dengan bayaran prihatin kalian. Aku tulis supaya kita menghargai ibu bapa kita. Menjauhi sikap kurang ajar. Menghadap kembali kepada akhlak kita. Merenung kembali peranan kita. Kita ingin mengejar syurga, tetapi kita terlupa akan kuncinya. Selamat Hari Bapa.
“ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."
Sebenarnya saya tidak mahu menulis artikel berkaitan Al-Fateh kerana sudah banyak kisah beliau ditulis samada dalam bentuk cetakan atau digital. Sekadar sekilas pandang. Baru-baru ini saya sempat menayangkan video lagu Al-Fateh dalam bilik kuliah selepas kuliah aqidah ( syukran rijal82 production ). Sungguh mengagumkan, dan juga rasa terpelak dek kerana imanku yang nipis ini. Kenapa Al-Fateh dipilih sebagai pembuka konstantinopel? Sama-sama kita muhasabah diri kita. Ketajaman akal dalam teknik berperang, ketulusan hati sebagai seorang hamba memungkinkan kemenangan berpihak kepada beliau. Menjadikan bukit sebagai lautan melayarkan 70 buah kapal itu sangat menakjubkan, tetapi yang lebih menakjubkan adalah sejak dari baligh sehingga berjaya menawan konstantinopel beliau tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Hina rasa diri ini
Mus’ab B Umair Mengorbankan Kemewahan Dunia
Kekayaan, kemewahan yang beliau kecapi pada masa dahulu tidak sedikitpun membuatkan hati beliau menyesal bersama-sama Rasulullah dalam medan jihad. Beliau dihalau oleh keluarga kerana keimanannya. Jika sebelum islam beliau sentiasa memakai pakaian mewah tetapi selepas mengakui aqidah yang sahih, hanya pakaian using membaluti tubuh beliau. Itulah Mus’ab B Umair.Pemuda yang meninggalkan keseronokan, kemewahan duniawi semata-mata mengejar akhirat. Yang amat menyedihkan ketika beliau mati syahid, kain kapan yang membaluti jasadnya sangat terbatas, sehingga apabilai ditarik ke bawah, bahagian atas akan terdedah dan begitulah sebaliknya.
Abdullah B Zubair Taat Kepada Perintah Nabi
Mempunyai bapa yang soleh Zubair Al-Awwam, salah seorang daripada sahabat-sahabat baginda Nabi SAW yang dijamin masuk syurga. Ibunya pula adalah puteri Saidina Abu Bakar, Asma’ Abu Bakar. Tarbiyah yang beliau peroleh dari kedua ibubapanya mendorong beliau menjadi mujahid agung
Satu kisah ketika beliau kecil
Ketika beliau sedang bermain-main dengan rakan-rakannya. Tiba-tiba muncul Saidina Umar melalui kawasan permainan beliau. Rakan-rakan yang lain semua melarikan diri kerana takut kepada Saidina Umar, beliau hanya tercegat di situ. Saidina Umar terkejut lalu bertanya kepadanya “ Kenapa kamu tidak melarikan diri seperti rakan-rakanmu yang lain “. Jawab Ibnu Zubair “ Kenapa aku perlu takut kepadamu sedangkan aku tidak membuat kesalahan “. Saidina Umar kagum terhadap anak muda tersebut lalu bertanya nama ibu dan ayahnya. Patutlah anak itu berani, kerana ibu dan ayahnya bukan calang-calang orang.
Keteguhanmu Dikagumi Wahai Ammar
Keluarga Yasir ( Yasir, Sumayyah dan Amar ) diseksa oleh tuannya lantaran keimanan mereka. Dipaksa, dikeji, dipukul saban waktu untuk menggugurkan aqidah yang telah terikat dalam hatimereka. Kisah menyayat hati mereka berakhir dengan Yasir dan Sumayyah syahid mempertahankan aqidah yang tulen. Tinggallah Ammar yang ketakutan. Beliau diseksa dan dipaksa, Sang algojo berkata “ Jika kamu tidak mahu diseksa seperti ibubapamu, aku bagi pilihan untuk kamu melepaskan diri, sama ada kamu mencaci Muhammad ( nabi Muhammad SAW ) atau kamu menyebut salah satu nama berhala “. Kerana ketakutan yang melampau dan juga kesedihan melihat ibu dan ayahnya dibunuh. Beliau memilih menyebut nama berhala. “ Lattaa…”. Lantas beliau dibebaskan. Beliau segera berjumpa rasulullah. Yang amat mengagumkan, beliau sedih dan takut bukan kerana kekejaman quraisy tapi kerana takut jikalau imannya terbatal kerana menyebut nama berhala. Hatinya masih lagi suci dengan iman yang utuh.
Kehebatan Ghulam Mencetuskan Revolusi Kebangkitan Rakyat
Kisah yang diambil dari tafsir surah al-buruj ( dalam artikel saya yang terdahulu ). Kisah ghulam yang mencari kebenaran akhirnya syahid, syahidnya membuka pintu kebenaran kepada rakyat. Beliau dipaksa untuk keluar dari islam oleh seorang raja yang zalim. Kefahaman yang betul dan tujuan yang baik sudah cukup untuk membuktikan keimanan beliau. Kisah hidup beliau berakhir dengan panahan yang dimulai “ bismillahi rabbil ghulam “. Sejurus kematiannya, majoriti rakyat melakukan revolusi dalam mempertahankan kebenaran iman. Sang raja murka menitahkan supaya dibuat parityang penuh dengan api. Sesiapa yang ingkar terjunlah dalam parit. Ramai yang terjun, sehingga seorang bayi berkata-kata memberi sokongan moral kepada ibunya. “ inilah jalan yang betul “. Lalu ibunya turut terjun.
Kisah Pemuda Beriman
" Sesungguhnya mereka adalah pemuda yang beriman dengan tuhan mereka, dan Kami tambahkan kepada mereka hidayah "
Bilangan mereka terdapat khilaf. Tak usah berbicara akan khilaf itu. Cukuplah kita mengambil pengajaran dari kisah yang agung. Kisah pemuda yang hebat menghadapi pemerintah yang zalim sehingga Allah menampakkan kekuasaanNya. Mereka bukan tidur untuk dua atau tiga hari. Mereka selama ratusan tahun sehingga kerjaan zalim bertukar kepada kerjaan adil.
Andai aku tidur pada mala ini, adakah kerajaan islam yang tulen akan muncul
Penulis, Sdr Afiq ( Exco MPP USIM ), Bapak Alexander, Sdr Aisamudin, Sdr Abdullah, Abg ( Lupa nama, MA bahagian Fizik )
Kuliah Maghrib di Masjid Nilai pada malam ini istimewa berbanding sebelum ini. Penceremah pada kali ini diundang dari seberang iaitu Bapak Muhammad Alexander ( Penulis Buku Yakjuj & Makjuj Bencana Di Sebalik Gunung ). Ceramah beliau pada malam itu terganggu sedikit dengan beberapa masalah teknikal. Proses untuk memahami perkataan Bapak Alexander ku temui kesukaran dek kerana kepekatan loghat Indonesianya. " Mereka berkata. "Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj & Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi, oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu ( dari hasil pendapatan kami ) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" - Al-Kahfi Ayat 94 Dalam sesi ceramah, beliau banyak menjelaskan pelbagai misteri berkaitan Yakjuj & Makjuj. Misteri tembok besi Zulqarnain turut dikupas oleh beliau
Dahagakan Ilmu, Ungkapan yang bisa ku ungkapkan Diskusi selepas sesi ceramah
" Magog founded those that from him were named Magogites but who are by the Greeks called Scythians " - Sejarawan Romawi Flauvies Josephus Magog ( Makjuj ) iaitu Scythian Sifat-sifat perosak kaum ini juga digambarkan. Amat ngeri sekali. Orang Scythia memotong kepala musuh dan meminum darah musuh sebagai simbol kekuatan mereka
Memandangkan saya belum lagi mengkaji buku ini jadi saya tidak mampu untuk mengupas isi kandungannya. Dan saya juga tidaklah bersetuju 100% dengan fakta yang dikemukakan dalam buku ini. Sama-sama mengkajinya. Tahniah diucapkan kepada Bapak Alexander atas usaha/kegigihan beliau mengkaji kisah kaum perosak yang menjadi igauan ngeri manusia. Kepada yang dah membaca buku ini, bolehlah berkongsi.
Selepas solat subuh di surau. Aku tergesa-gesa keluar dari surau. Ada panggilan kecemasan dari 'Hamam". Sebelum sampai di bilik ( DS, lepas ni kena tukar DK ) aku terserempak dengan beberapa orang pelajar tamhidi, diorang baru pulang dari menyaksikan perlawanan bola sepak ( Man Utd VS Barca ). Sempatla tanya keputusan. Itu tak penting.
Kemudian, selepas memenuhi hajat. Aku minta Umar cari handset aku. Umar pun sedar handsetnya hilang. Hati mulai risau, confirm kena curi. Selepas puas mencari dan buat spotcheck di beberapa buah bilik. Tak jumpa juga. Awal-awal tadi, rasa marah juga. Mujurlah tak terkeluar kata-kata yang tidak elok. Aku dan Umar sama-sama redha ( bukan firdaus redha ). Handset aku tidaklah mahal, murah je. Tapi nilainya sangat besar di sisi pencinta kebahagian
Redha Kerana Qadha & Qadar
Kelas Aqidah petang tadi sungguh terkena. Banyak isu tentang curi dan hilang handset . Dari mata yang layu terus segar. Sentiasa redha memantapkan aqidah. Inilah qadar dari Allah, tiada guna menghamburkan kata-kata li'an kepada penjenayah. Doakan supaya dia mendapat hidayah Allah. Amat indah jika hukum islam dilaksanakan. Pasti jenayah akan berkurangan. Kerana manusia penuh dengan sifat ihsan
p/s: kepada sahabat-sahabat. Kalau ada urusan boleh contact dengan sahabat saya, Nawawi 014-8407838. Sementara mencari HP baru.
Pelajar Sepanjang Hayat
( Tadika 1994 ) ( SK Sri Rantau Panjang 1 1995-2000 ) ( SMU(A) Al-Fauziah RP 2001-2004 ) ( Maahad Muhammadi Lelaki 2005-2006 ) ( Maahad Muhammadi Rantau Panjang 2007 ) ( KM Negeri Sembilan 2007 ) ( Tamhidi Sains & Teknologi, USIM 2007-2008 ) ( Sarjana Muda Bioteknologi Makanan, USIM 2008-2012 insya allah )
emel: mrasyadan@yahoo.com
Jaket Eksekutif
-
Assalamualaikum...
AMALteam kini mengorak langkah dengan menawarkan satu lagi produk iaitu
JAKET Eksekutif...Jadi dapatkan Jaket Eksklusif ini dengan AMALt...
PELAJAR FST MENANG PINGAT DI NRIC 2009
-
Pulau Pinang, 18 Mei 2009 – Tahniah diucapkan kepada pelajar tahun akhir
Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM kerana telah memenangi pingat dalam
Pertan...
mimPi-mimpi
-
sumber: sirr Al ASrar
syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur
lena adalah benar dan ber...
KEMAHIRAN NUQABA': PENGENDALIAN USRAH YANG BERKESAN
-
1.0 ULANGKAJI TENTANG USRAH
a. Kumpulan ukhuwwah.
b. Bukan majlis kuliah ilmu tetapi penuh dengan perkongsian ilmu dan
pengalaman, imaniyyah, biah solehah ...
Bersama membina Ukhuwwah
-
Assalamualaikum, kepada semua ex-pimpinan asrama, anda semua dijemput untuk
sama-sama memeriahkan blog ini. Blog ini diwujudkan untuk sama-sama kita
menghu...
FENOMENA ISTIWA MATAHARI DI KAABAH
-
Menurut ilmu hisab, peristiwa istiwa matahari di atas Kaabah akan berlaku
dua kali setahun. Iaitu pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan
sekali ...